Thursday, 5 May 2011

kEnALi diRi AndA




Salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada diri ialah menghormati diri kita dan menganggap bahawa diri kita adalah penting. 

Siapa diri kita yang sebenar? 


         
S.I.A.P.A 

S: Pengertian 'saya' 

Setiap orang harus berbangga kepada diri sendiri dan bersyukur kerana dilahirkan serta dapat menikmati kehidupan di dunia. Oleh kerana manusia ialah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta keluarga. 

I: Insan 

Anda ialah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu diarah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu dengan bijak. 

A: Amalan 

Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ia tidak diamalkan. 

Sebagai contoh, setiap pagi atau petang kita amalkan latihan menyegarkan badan supaya ia sihat dan dijauhkan daripada penyakit. Oleh itu amalan ialah asas ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan. 

P: Peribadi 

Setiap manusia mempunyai peribadi tersendiri. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna. 

A: Adil 

Kita seringkali menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tanyalah kepada diri sendiri dahulu sama ada kita berlaku adil atau tidak? 

Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmana kita menggunakan segala anggota dalam melaksanakan segala tindakan dan tugas setiap hari? Ramai antara kita yang tidak yakin pada diri sendiri. Seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain. 
                 

No comments:

Post a Comment