Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam
Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik, anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Belajar dari sejarah, tetapi jangan biarkan hal itu menjadi sebagai penghalang antara anda dan impian anda.
Petua 2: Ingatkan kejayaan
Sama pentingnya dengan belajar dari masa lalu dan mengatasi kegagalan adalah mengenang kejayaan masa lalu. Tidak kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu ketika dahulu. Renung kembali saat-saat tersebut. Gunakan kenangan kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh mencapai matlamat anda.
Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan
Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta kehidupan yang lebih baik. Ini akan bertindak sebagai batu loncatan untuk meneguhkan kepercayaan anda untuk berjaya.
Petua 4: Impian yang besar
Agar impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi besar. Jika anda tidak ghairah dan bersemangat tentang apa yang anda rancangkan untuk masa depan, anda tidak akan dapat menemukan inspirasi yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda. Impian yang besar boleh menggerakkan jiwa, dan ketika anda berimpikan sesuatu besar, anda akan terdorong untuk menjadikan impian anda sesuatu yang realiti.
Petua 5: Bertindaklah untuk berubah
Tidak peduli bagaimana anda ingin sesuatu hal itu terjadi, perubahan tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai impian mereka.
Petua 6: Lakukannya setiap hari
Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap malam untuk menilai pencapaian anda pada hari tersebut dan merancang untuk hari berikutnya. Ini adalah cara yang baik untuk memandu dan mengawal kehidupan anda. Jadikan ianya satu kebiasaan dan lakukannya hari ini. Kebiasaan ini akan membantu ketika anda mula bekerja ke arah mencapai impian anda.
Petua 7: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Tabiat yang negatif boleh mengganggu usaha untuk mencapai impian anda. Untuk memastikan hal ini tidak terjadi pada anda, lakukan setidaknya satu langkah baru dalam rutin harian anda untuk memperbaiki tabiat tersebut. Setiap langkah yang anda lakukan secara berperingkat-peringkat akan dapat mengubah secara berkesan dan berpanjangan sehingga memungkinkan bagi anda untuk membebaskan diri dari rutin yang negatif.
Petua 8: Dapatkan bantuan dan sokongan
Jangan lakukan sendirian. Mencapai sesuatu impian memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sumber. Akan ada saat-saat anda merasa ingin menyerah, saat anda merasa segalanya terlalu banyak yang perlu dilakukan. Salah satu cara yang paling pasti untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mendapat bantuan, bimbingan dan sokongan daripada sesiapa sahaja khususnya orang yang paling dekat dengan diri anda .
Petua 9: Teruja menanti hasilnya
Anda sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan segala sesuatu yang anda inginkan! Sekarang adalah saatnya untuk bersemangat dan berinspirasi tentang masa depan anda. Bayangkan kehidupan yang anda inginkan – kini anda menjadikannya realiti!
Petua 10: Tingkatkan ‘standard’
Tiba masa untuk meningkatkan ‘standard’ anda. Inilah masa untuk mengharapkan sesuatu yang terbaik pada diri anda berbanding dengan orang lain. Jangan menerima kecuali yang terbaik sahaja dalam segala hal yang anda lakukan dan anda tidak akan menghadapi masalah membina kehidupan impian anda. Sesungguhnya, meningkat ‘standard’ adalah demi meningkatkan usaha menjadikan kehidupan impian sebuah kenyataan.
Petua 11: Mengambil tanggungjawab
Sebelum perubahan positif boleh berlaku, anda harus mengambil tanggungjawab dalam kehidupan anda. Andalah menentukan masa depan anda dan anda jualah yang dapat menjamin kehidupan anda yang lebih baik di masa hadapan. Jika anda memainkan peranan sebagai mangsa, berputus asa atas tanggungjawab dan peranan anda, maka anda tidak akan dapat menikmati kehidupan impian anda.
Petua 12: Menulis di dalam jurnal (diari)
Satu juta fikiran mungkin menerpa melalui minda anda setiap hari, tetapi jika anda tidak melakukan apa pun untuk merekodkannya, fikiran tersebut akan hilang secepat mereka datang. Luangkan masa untuk menulis di dalam jurnal setiap minggu. Hal ini tidak hanya akan membantu anda mengatasi rintangan yang anda hadapi dalam hidup anda, tetapi juga membantu anda menemukan apa yang anda inginkan.
Petua 13: Siapakah yang anda kagumi?
Buatlah senarai sekurang-kurangnya tiga orang yang anda kagumi. Senaraikan perkara atau perbuatan individu tersebut yang menyebabkan anda kagum terhadap mereka. Dengan mengenal pasti ciri-ciri positif orang yang anda kagumi akan mendorong pula diri anda untuk menjadi lebih baik daripada mereka atau sekurang-kurangnya sama baik seperti mereka. Seringkali penentuan apa yang kita kagumi dalam diri orang lain menawarkan wawasan ke dalam apa yang kita ingin menjadi diri kita sendiri.
Petua 14: Detik ini
Ingatlah suatu detik yang segalanya berjalan dengan lancar. Apabila tiada suatu pun yang boleh menyebabkan anda gagal. Apabila anda berfikir tentang diri sendiri, “Saat ini, sekarang, adalah makna kehidupan yang sebenar." Kita semua memiliki saat-saat itu dalam hidup kita di mana kita merasa berada di tahap yang terbaik, tetapi kebanyakan orang tidak menghargai dan menggunakan detik tersebut. Gunakan saat-saat istimewa dalam hidup anda untuk membawa harapan dan keinginan yang pasti demi memenuhi impian hidup anda. Pelajari dan binalah sesuatu yang berguna apabila menemui saat-saat bermakna ini dan detik ini akan membantu anda menjadikan saat tersebut sesuatu yang ajaib dalam menempuh kehidupan seharian.
Petua 15: Percambahan minda (brainstorming)
Kumpulkanlah teman-teman yang paling rapat dengan anda. Teman-teman yang sangat mengenali tentang diri anda. Gunakanlah pengetahuan mereka tentang diri anda dalam membantu untuk percambahan minda (brainstorming) tentang anda dan kehidupan anda bagi mendapat idea-idea tentang kehidupan impian anda. Mereka mungkin akan member cadangan dan gagasan yang anda sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini.
No comments:
Post a Comment