Wednesday 4 May 2011

gEt oUt oF mY cOmfOrT zoNe


Petua untuk keluar daripada zon selesa 

1. Muhasabah diri 

Lakukan penilaian (muhasabah) diri untuk mengenal pasti adakah anda berada di zon selesa. Jika segalanya yang anda ingin telah anda perolehi dan tiada lagi keinginan untuk berusaha atau mengubah hidup anda, maka anda telah berada di dalam zon selesa yang amat dalam. 


2. Kesedaran diri 

Kesedaran diri akan muncul jika anda benar-benar ikhlas di dalam menilai diri anda. Kesedaran diri ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah yang anda ingin ubah atau apakah yang perlu anda usahakan untuk keluar daripada zon selesa anda. 


3. Kemahuan diri 

Kemahuan diri adalah keinginan anda secara bebas tanpa paksaan untuk mengubah norma-norma kebiasaan sebagai langkah untuk keluar daripada zon selesa. Kemahuan diri juga akan membantu anda untuk mengetahui perkara baru yang anda inginkan dalam hidup anda. 


4. Keyakinan diri 

Keyakinan diri amat penting di dalam usaha untuk mengubah diri dan keluar dari zon selesa. Keyakinan dapat membantu anda untuk mempercayai bahawa anda berupaya untuk melakukan atau mencapai sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelum ini. 


5. Nilai diri 

Nilai atau prinsip diri yang teguh akan mengukuhkan kepercayaan anda untuk bertindak keluar daripada zon selesa. Bagi beragama Islam, kepercayaan terhadap nilai-nilai ajaran Islam akan memudahkan proses penghijrahan (perpindahan) daripada satu tahap kehidupan kepada yang lebih baik. 


6. Tindakan 

Tindakan adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk keluarkan diri daripada zon selesa. Kesedaran, kemahuan, keyakinan dan nilai diri hanya dapat berfungsi dan bermakna jika anda bertindak melakukan perubahan diri. 

No comments:

Post a Comment